Ini kerana menurut Ford, kesemua trak pikap yang terjejas itu mengalami risiko wayar kolum stereng terputus, disebabkan sistem pendawaian yang dipasang pada bahagian tersebut terlalu pendek.
Ini bermakna, sekiranya pemandu membuat larasan tilt/telescopic yang terlalu jauh daripada panel papan pemuka, wayar pada kolum stereng itu berisiko untuk terputus, dan roda stereng berkemungkinan besar akan tersekat pada kedudukan larasan terakhir.
Secara keseluruhan, 19,175 buah trak pikap Ford F-150 terkesan dengan isu ini, dan Ford menjangkakan 45 peratus daripada jumlah tersebut memerlukan penggantian sistem pendawaian serba baharu.
Biarpun masih lagi mengekalkan takhta sebagai trak pikap paling popular, F-150 juga turut berdepan dengan beberapa masalah sepanjang tahun 2022.
Sebelum ini, Ford telah memanggil beberapa unit F-Series disebabkan oleh komponen penyeka kaca yang longgar dan mungkin tercabut semasa digunakan, dan pada penghujung Mac lalu, hampir 50,000 unit F-150 dipanggil semula disebabkan masalah transmisi yang akan menukar posisi gear ke Neutral semasa pemanduan dibuat.