Namun adakalanya jalan alternatif yang kerap dicadangkan itu mempunyai dua tiga buah plaza tol dan sangat menggusarkan sekiranya anda mempunyai baki yang cukup-cukup dan tiada masa untuk menambah nilai di stesen minyak kerana sibuk membeli minuman teh bobba.
Kini, Waze telah menambah sebuah lagi ciri baharu di dalam aplikasi navigasi pemetaan itu dengan memaparkan kos tambang tol sekiranya laluan yang dipaparkan tersebut perlu menggunakan lebuhraya.
Menurut Waze, ia akan berfungsi terlebih dahulu di Amerika Syarikat dan Kanada sebelum ia diperluaskan kepada negara-negara yang mempunyai banyak tol, seperti Malaysia.
Dengan ciri baharu ini, Waze akan mengkhususkan bayaran tol yang perlu anda sediakan untuk laluan tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk menunggu sehingga kerajaan memansuhkan bayaran tol.
Sumber: 9to5 Google