Waze beri 3 tips untuk pemanduan masa cuti ini

oleh HEZERI SAMSURI|

Cuti sekolah memang seronok, tetapi dengan kadar kenderaan yang semakin meningkat di jalanraya Malaysia dan kemampuan ramai untuk membawa keluarga pergi bercuti akan melihat si pemandu menarik rambut di kepala kerana kesesakan lalulintas.

Waze, sistem navigasi komuniti memberikan tiga tips berguna untuk membantu kita semua agar mampu mencari laluan yang lebih lancar.

Tips 1
Elakkan memandu ketika waktu puncak

Jika anda sengaja hendak keluar memandu di waktu semua orang keluar ke pejabat atau mahu pulang ke rumah, memang anda mencari nahas.

Menurut Waze, statistik 2016 mereka menunjukan bahawa keadaan lalu lintas paling sesak ialah pada hari Jumaat, 22 Disember 2016, di antara jam 1 hingga 3 petang.

Dan memang ramai di Lembah Kelang akan bersetuju bahawa petang Jumaat memang antara waktu-waktu paling sesak.

Anda juga boleh menggunakan fungsi Pemanduan Dirancang oleh Waze untuk mengetahui waktu mana yang paling kurang trafik.

Di bawah ialah senarai waktu-waktu tenat yang pernah direkodkan oleh Waze untuk tahun lalu.

 

Tips 2
Elak kawasan yang tinggi trafiknya

Jika anda mahu memandu keluar dari Kuala Lumpur, pastikan anda juga perlu tahu keadaan trafik di destinasi anda.

Di bawah ialah senarai lima lokasi yang mengalami peningkatan trafik mendadak sewaktu cuti hujung tahun.

 

 

Tips 3
Dengarlah muzik!

Mengikut tips Waze yang ketiga ini, memandu tanpa muzik tidak begitu meriah.

Oleh itu, Waze mempunyai fungsi yang menyambungkannya dengan Spotify untuk anda menyenaraikan lagu kesukaan anda dan ia boleh dimainkan dengan menekan satu butang di Waze.

Hanya sambungkan akaun Spotify anda kepada Waze pada telefon pintar anda dan semuanya tersedia!

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Waze For Cities, yang dahulunya dikenali sebagai Connected Citizens Program, telah dilancarkan…
Informasi
  Untuk membantu anda memandu secara cermat dan berhemah serta sampai ke destinasi dengan pantas,…
Informasi
Namun, adakalanya sebagai manusia, kita akan terlepas pandang kerana terdapat dua simpang yang…