Waze mula papar anggaran harga tol perjalanan sehala

oleh Mohamad Hanif|
Ramai di antara para pengguna jalan raya meminati Waze, tidak kurang juga yang gemar menggunakan Google Maps sebagai alternatif untuk panduan ke sesuatu destinasi dengan lebih mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kemaskini yang terbaharu, Waze dilihat mula memasukkan data anggaran bayaran tol yang dikenakan untuk perjalanan sehala. 

Menerusi pengenalan ciri terbaharu ini, pengguna kini boleh mengira terlebih dahulu bajet penggunaan tol sebelum memulakan perjalanan, dan membuat pembayaran tambah nilai kad TnG mereka.

Ini bagi mengelakkan sebarang kesesakan di plaza tol akibat terlupa untuk menyemak baki kad TnG. 

 


Mengikut informasi daripada aplikasi Waze, harga anggaran tol ini dikira berdasarkan info yang diperoleh daripada komuniti pengguna Waze itu sendiri. 

Untuk membanding-bezakan harga tol, pengguna juga turut boleh memilih ciri 'Routes' untuk pilihan laluan yang berbeza. 

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…