Widad naikkan tawaran bidaan ke atas PLUS

oleh SALINA JALIL|
Widad Business Group Sdn Bhd (WBG), konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, menaikkan tawaran bidaan PLUS Expressway Bhd kepada RM5.3 bilion berbanding RM3 bilion sebelum ini.


Ia termasuk dalam cadangan untuk menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti ke atas pengendali lebuh raya itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Semakan semula tawaran itu juga termasuk dua lagi tambahan klausa iaitu pengecualian RM11 bilion sukuk yang dijamin oleh kerajaan dan pilihan oleh kerajaan untuk membeli balik PLUS selepas 10 tahun berdasarkan nilai pasaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

 

Pada 9 Oktober lalu, WBG telah membuat cadangan awal kepada kerajaan untuk membeli konsesi PLUS dengan mengambil alih 51 peratus kepentingan yang dimiliki oleh Khazanah Malaysia Bhd pada nilai pertimbangan tunai RM1.5 bilion atau mengambil alih 100 peratus konsesi yang dimiliki oleh Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

 

Tawaran terbaru bernilai RM38.338 bilion termasuk hutang oleh WBG itu adalah tawaran tertinggi dari sektor swasta.
 

 

Selain daripada WBG, kerajaan sudah menerima tiga cadangan pengambilalihan untuk PLUS iaitu daripada Maju Holdings Sdn Bhd bernilai RM34.9 bilion termasuk hutang, serta masing-masing dari RJR Capital (RM3.5 bilion) dan Tan Sri Halim Saad (RM5.2 bilion).

 

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih belum menemui tawaran yang menarik untuk PLUS dan selepas beberapa pertimbangan kerajaan meningkatkan tawaran agar ia memberi cerminan prospek yang lebih baik kepada PLUS selain perancangan pengambilalihan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dan membantu menjimatkan serta menyenangkan rakyat yang menggunakan lebih raya ini.

 

 

Muhammad Ikmal berkata, di dalam cadangan yang dihantar kepada Kementerian Kewangan , WBG telah menyenaraikan beberapa komitmen untuk pengambilalihan PLUS.

 

px widad

 

"Untuk kadar tol, WBG mencadangkan dua mekanisme berbeza iaitu, 25 peratus hingga 40 peratus pengurangan ke atas pengguna lebuh raya menerusi diskaun tol secara langsung atau pengurangan tol 18 peratus secara langsung ke atas pengguna lebuh raya dan pengurangan baki 7 peratus hingga 22 peratus akan disalurkan kepada kerajaan untuk tujuan kebajikan kumpulan sasar.

 

“Tambahan dari itu, diskaun tol sebanyak 50 peratus akan diberi semasa perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali,” katanya lagi.

 

Beliau menambah, komitmen WBG untuk pengambilalihan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan sebagaimana dikecualikan daripada membayar pampasan tol di masa depan dengan pelepasan dari Jaminan Sukuk bernilai RM11 bilion dan pinjaman masa hadapan PLUS yang lain.

 

"WBG akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada, melaksanakan penggunaan teknologi “artifial intelligence” bagi meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik, selain merancang untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada.

 

Selain itu, WBG merancang membangunkan pusat mesra keluarga, outlet membeli belah, pusat-pusat perniagaan dan hub hiburan di sepanjang sehenti antara bandar yang akan dilakukan bagi meningkatkan ekosistem semasa lebuh raya itu.

 

“Kami akan memperkenalkan beberapa projek atau kerja-kerja bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan tempatan,” tambah Muhammad Ikmal.

 

Beliau memberitahu, WBG memiliki rekod pencapaian yang membanggakan lebih 20 tahun di dalam industri dan berjaya menyiapkan lebih dari RM2 bilion projek awam dan swasta termasuk perkhidmatan fasiliti dan pengurusan di Istana Negara dan JB Sentral.

 

Dengan keupayaan dan kekuatan yang ada, WBG yakin dapat menjalankan secara terperinci cadangan pengambilalihan tersebut sekali gus memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat pada jangka masa pendek dan jangka panjang.

 

WBG adalah pegangan korporat yang menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 1,500 orang di seluruh negara.

 

WBG menguasai 65 peratus dalam Widad Group Berhad dan menguasai 63 peratus dalam Dataprep Holdings Bhd, yang mana kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

Diperbadankan pada 2001, WBG telah memenuhi segala keperluan sebagai kontraktor Bumiputera berkaliber di negara ini dan telah berkembang pesat meluaskan aktiviti perniagaan menerusi pengurusan fasiliti bersepadu, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, perkhidmatan elektrikal dan mekanikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan hartanah, pendidikan, perkhidmatan ICT dan media serta hospitaliti.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…