Ford Ranger merupakan antara trak pikap yang berjaya menarik perhatian umum, ditambah lagi dengan pengenalan varian Raptor yang lebih berkuasa dan lebih kacak itu.
Akan tetapi, dalam banyak varian yang diperkenalkan, tidak ada satu pun yang menawarkan keupayaan untuk bergerak dalam mod elektrik atau hibrid.
Jika anda mahukan semua itu, anda perlu keluar dari kepompong Ford, dan beralih kepada jenama dari Tanah Besar China.
Masih ingat Wingle 7 yang seakan Ford Ranger itu?
Memandangkan Wingle 7 laris dengan jayanya di pasaran sana, Great Wall kini sedang membangunkan sebuah varian trak pikap berkuasa elektrik.
Untuk mengenal pasti trak pikap elektrik ini cukup mudah, terdapat slot pengecasan berkembar yang tersorok di bahagian gril hadapan, masing-masing untuk pengecasan pantas dan pengecasan biasa.