WMoto ES250i kini di Malaysia - 21 hp, ABS dua saluran, dari RM13,888

oleh Mohamad Hanif|
Mforce Bike Holding telah pun selesai melancarkan sebuah lagi produk skuter segmen 250 cc untuk pasaran tempatan, iaitu WMoto ES250i.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Skuter yang dijenamakan semula daripada model Keeway GT270 itu dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 244.3 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 21 hp @ 8,000 rpm dan 21 Nm @ 6,500 rpm.
 

WMoto


Antara ciri menarik yang ada pada skuter ini termasuklah gandingan lampu projektor dan lampu nyalaan siang DRL berteknologi LED, lampu berhenti kecemasan, slot pengecasan USB, serta sistem kunci pintar.
 

Wmoto


Sistem suspensi didatangkan daripada KYB boleh laras untuk depan dan belakang sementara sistem brek pula terdiri daripada brek cakera depan dan belakang oleh J Juan dan dibantu dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.
 

WMoto


Selain itu, kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 12 liter sementara ruang simpanan bawah tempat duduk pula sebesar 19 liter.
 

Wmoto


Segala informasi boleh dibaca dengan jelas menerusi meter gandingan analog dan digital, dan lebih menarik lagi WMoto ES250i ini turut didatangkan dengan ciri sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)!

Harga jualan bermula dari RM13,888, dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.