World Ducati Week 2022 - kembali selepas empat tahun pencen!

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk menjadi jenama global, bukan mudah dan selepas mencapai status itu, usaha berterusan perlu dilakukan supaya ia tidak terkubur.

Bagi motosikal genre superbike, tidak ada yang lebih kuat dari Ducati dan syarikat Itali itu akur dengan tanggung jawab yang datang dengan gelaran itu.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Selepas empat tahun berdiam diri, Ducati kembali menganjurkan acara globalnya, World Ducati Week (WDW) di mana ia direka untuk meraikan semua peminat jenama Itali itu di seluruh dunia.

WDW 2022 kali ini dilakukan selama tiga hari, bermula dari 22 hingga 24 Julai di litar Misano "Marco Simoncelli".

Dihadiri seramai 80,000 orang dari lebih kurang 84 negara, ia juga dilihat dan ditonton di media sosial sebanyak lebih dari 6 juta kali.

 

 

Careta yang sempat berada di sana di bawah jemputan Next Bike, pengimport dan pengedar rasmi Ducati di Malaysia, dapat merasai kehebatan WDW yang menjadikan ia salah satu acara motosikal paling berprestij dunia.

Segala yang berkaitan dengan Ducati ada dipertontonkan, baik dari sejarah hinggalah kepada model-model terbaharu dan akan datang.

Dewan pameran khusus diwujudkan, dan galeri jualan aksesori dan barangan Ducati turut disediakan untuk puluhan ribu peminat yang hadir.

 

 

Tidak cukup dengan itu, satu perlumbaan istimewa, Race of Champions diadakan pada hari ketiga acara WDW, di mana 21 pelumba Ducati dari MotoGP dan World Superbike Championships turun untuk berlumba sebanyak lapan pusingan di Litar Misano.

Pemenangnya, Pecco Bagnala dari pasukan Ducati MotoGP dan kesemua motosikal Panigale V4 yang digunakan dilelong secara online sebaik sahaja tamat perlumbaan.

Motosikal Troy Bayless nyata menjadi rebutan kerana dijual dengan harga tertinggi, 120,000 Euro.

Careta juga sempat melawat gerai pameran Centro Stile Ducati, di mana pasukan perekabentuk yang menghasilkan model Panigale V4 berkongsi pengalaman dan rahsia di sebalik bentuk motosikal itu.

 

 

Paling menyeronokan ialah apabila penulis dapat melihat keseronokan di muka ribuan peminat Ducati yang hadir, dan berkongsi pelbagai cerita.

Dari warga Itali yang bekerja di Malaysia, hinggakan ke warga US yang sanggup menghabiskan wang simpananya untuk hadir ke WDW 2022, kesemua "turun" ke Misano demi cinta mereka terhadap Ducati.

Bukan mudah untuk menjaga jenama lagenda, dan Ducati nampaknya akan terus menjadi lagenda kerana ia tahu bagaimana mahu menghargai peminat dan pelanggannya.

 

 

Di bawah ialah beberapa angka yang menarik berkaitan acara WDW 2022.

  • 5,805 pusingan dilakukan oleh motosikal dan kereta semasa acara WDW 2022.
  • 51,000 keping gambar diambil oleh jurufoto-jurufoto dari Ducati.
  • 235 kelab Ducati dari seluruh dunia yang hadir (termasuk Malaysia).
  • 33 minit diambil untuk semua motosikal dalam konvoi Ducati ditunggang keluar dari litar Misano (menunjukan betapa banyaknya motosikal di dalam konvoi itu!).
  • 4,320 jaket kulit yang dicuba secara virtual ketika acara WDW 2022.
  • 548 pekerja Ducati yang terbabit seara langsung dengan WDW 2022.
  • 1 acara perkahwinan yang dilakukan di WDW 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi, wanita yang berusia 42 tahun mengalami kecederaan serius…
Berita Domestik
  Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan kemalangan maut yang disebabkan kenderaan berat pada…
Berita Domestik
  Hasil dari ujian yang telah dijalankan terhadap motosikal yang disita, sebanyak 36 kompaun dan…