Wujudkan ruang sama rata untuk pengusaha teksi, e-hailing - Timb Menteri Pengangkutan

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan sedang dalam usaha untuk menyediakan ruang yang sama rata bagi kedua-dua pengusaha teksi dan aplikasi e-hailing, menerusi penguatkuasaan undang-undang dan regulasi bagi kedua-dua belah pihak, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata lagi, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk menghapuskan servis e-hailing oleh kerana ia memainkan peranan tersendiri dalam melengkapkan sistem pengangkutan awam. 

Langkah terbaharu tersebut akan diambil bagi menyamaratakan hak dan peluang perniagaan antara semua pihak yang terlibat bagi memastikan operasi yang lancar. 

"Ini bermakna, pengusaha industri e-hailing mahupun teksi tidak akan ada kelebihan tersendiri dalam menjalankan operasi mereka pada masa akan datang," ujar beliau ketika sidang akhbar di Lobi Parlimen Isnin lalu (22 Oktober).
 


Sebelum ini, pihak kementerian telah mengumumkan langkah pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang serupa dikenakan kepada pengusaha e-hailing yang akan bermula pada 1 Januari tahun hadapan dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh masa enam bulan. 

"Ia akan mengambil masa, oleh kerana terdapat kira-kira 60,000 orang yang terlibat di dalam servis e-hailing di seluruh negara pada ketika ini.

"Jika tidak, mustahil Puspakom dan agensi yang berkaitan akan mampu menyelesaikan tugas pemeriksaan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan," tambah beliau lagi. 

Datuk Kamarudin melahirkan rasa kekesalan beliau merujuk kepada insiden yang berlaku ketika sesi dialog di antara Perdana Menteri dan sekumpulan pemandu teksi di langkawi baru-baru ini. 

"Apa jua isu yang dibangkitkan akan di bawa ke kabinet untuk dibincang dan diselesaikan, jadi tindakan biadap sesetengah pihak tersebut tidak wajar berlaku," ujar beliau. 
 


Pemandu teksi di seluruh negara dikatakan tidak senang dengan kehadiran aplikasi e-hailing (Grab) yang didakwa mampu menghalang operasi mereka seharian. 

Sebelum ini, sekumpulan pemandu teksi telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Kewangan atas isu yang sama pada 17 Oktober yang lalu. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Berita Domestik
  "Pemandu berkenaan memberitahu dia ingin merentas negeri untuk menghantar barang kering ke…