Wuling E10 - kereta komersial ringan kecil, kapasiti kargo 1,700 liter!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Wuling telah melancarkan kereta komersial ringan E10 yang sangat kecil, direka untuk penghantaran perbatuan terakhir terutama di laluan yang sempit di bandar-bandar besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dari segi ukuran, Wuling E10 ternyata mampu menjadikan kereta-kereta kei nampak lebar.

Ini kerana Wuling E10 mempunyai ukuran lebar 1,080 mm sahaja, dan disebabkan itu ia hanya mampu memuatkan satu orang penumpang (merangkap pemandu) pada satu-satu masa.
 

Wuling


Dengan panjang 3,305 mm dan tinggi 1,690 mm, Wuling E10 mempunyai radius putaran sekecil 4.3 meter yang menjadikannya lebih mudah untuk dikendalikan di ruang yang sempit.

Apa yang menarik perhatian ialah keupayaan E10 untuk membawa muatan seberat 200 kg, terima kasih kepada ruang sebesar 1,700 liter di bahagian belakang.

Secara standard, Wuling E10 membawakan ciri seperti rim bersaiz 12 inci, sistem pendingin hawa manual, skrin kluster digital, dan slot pengecasan USB.
 

Wuling


Selain daripada reka bentuk standard, pembeli juga boleh mendapatkan opsyen bumbung tinggi dengan sistem penyejukan yang boleh digunakan untuk membawa barangan seperti aiskrim, buah-buahan, makanan atau minuman.

Kereta kargo yang tirus ini dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda depan 27 hp, dengan pek bateri lithium iron phosphate 9 kWh yang mampu membenarkan jarak gerak sejauh 150 km, dengan syarat anda memandu tidak melebihi halaju 40 km/j.

Bateri 9 kWh itu boleh dicas dengan menggunakan soket domestik 220V, atau pengecasan AC biasa.
 

Wuling


Di pasaran China, Wuling E10 dijual pada harga bermula dari 36,800 yuan (RM23,520).