Wuling EV, kereta elektrik comel yang bakal dipasang di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Wuling sebelum ini terkenal dengan barisan model kenderaan elektrik yang kompak dan mampu milik dan kini pengeluar itu memperlihatkan sebuah model EV baharu yang bakal dipasang di kilang Cikarang, Jawa Barat, Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaan Wuling EV ini dikatakan mengambil inspirasi daripada cermin mata realiti maya (VR), dengan jalur LED melintang di depan dan belakang, rekaan lampu bertingkat, serta rim bersaiz 12 inci yang dibaluti tayar 145/70 R12.
 

Wuling


Berdasarkan carian, Wuling EV ini sebenarnya menyamai spesifikasi model Wuling Air EV yang bakal dipasarkan di China pada suku ketiga kelak, dan boleh didapati dalam dua versi iaitu versi empat penumpang dan dua penumpang.

Dari segi dimensi, versi empat penumpang mempunyai ukuran sepanjang 2,974 mm, lebar 1,505 mm, tinggi 1,631 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,010 mm dan berat 860 kg, manakala versi pendek pula menawarkan dimensi sepanjang 2,599 mm, tinggi 1,640 mm dengan jarak antara roda sepanjang 1,635 mm dan berat sekitar 760 kg.
 

Wuling


Tidak kira apa jua versi yang dipilih, kesemua varian Wuling Air EV ini didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 40 hp yang memacu roda depan, dan kelajuan tertinggi 100 km/j.

Setakat ini Wuling tidak mendedahkan angka seperti kapasiti bateri serta jarak operasi untuk model ini, namun sebagai perbandingan, model Mini EV menawarkan jarak sejauh 120 km dengan pek bateri 9.3 kWh, atau sehingga 170 km dengan pek bateri 13.9 kWh yang lebih besar.

 


Menurut laporan daripada Autonetmagz, Pegawai Perancangan Produk Wuling Motors Danang Wiratmoko menjelaskan platform Wuling GSEV yang menjadi asas untuk model Wuling EV ini mampu menampung pek bateri dengan jarak pemanduan sejauh 120-300 km.

Sumber: Autonetmagz