Wuling Hong Guang MINI EV - bermula dari RM17k di China

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Wuling minggu ini telah pun melancarkan secara rasmi kereta mikro EV Hong Guang MINI EV setelah pengenalannya pada bulan Mac lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Dari segi ukuran, ia membawakan dimensi panjang 2,917 mm, 1,493 mm lebar dan 1,621 mm tinggi dengan jarak antara roda 1,940 mm. 

Sebagai perbandingan, Perodua Kancil memiliki panjang 3,395 mm, lebar 1,405 mm dan tinggi 1,415 mm dengan jarak antara roda 2,280 mm. 

 


Walaupun ia bersaiz kecil, EV mikro ini mampu memuatkan sehingga empat orang penumpang pada satu-satu masa, dan menawarkan ruang storan sehingga 741 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata. 

Sebagai sebuah kereta bandar, Hong Guang MINI EV didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 17.43 kuasa kuda, 85 Nm daya kilas dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 100 km/j sahaja.
 


Dua pek bateri ditawarkan, di mana versi asas hadir dengan pek bateri berkapasiti 9.2 kWh yang menawarkan jarak operasi 120 km, dan pek bateri 13.8 kWh dengan jarak operasi sehingga 170 km. 

Ruang kabin pula menampilkan rekaan yang cukup ringkas, binaan plastik pada papan pemuka, seleksi gear rotari dan suis tingkap berkuasa di bahagian tengah, serta tempat duduk balutan fabrik. 
 


Walaupun ia dipasarkan sebagai sebuah EV yang serba asas, Hong Guang MINI EV turut dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri pintar, teknologi pra-pemanasan pada suhu rendah, insulasi bateri, dan menerima penarafan kalis air dan debu IP68. 

Fungsi dan status bateri juga boleh dilihat menggunakan aplikasi peranti pintar. 
 


Tidak melupakan ciri keselamatan sebagai sebuah kereta bandar, binaan casis Hong Guang MINI EV terdiri daripada keluli berkekuatan tinggi, ciri ABS, EBD, sistem pemantauan tekanan tayar dan juga radar mengundur. 

Untuk golongan yang  berkeluarga, disediakan juga dua cagak ISOFIX untuk kegunaan kerusi kanak-kanak. 
 


Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan, bermula dari RMB28,800 (RM17,489) sehingga RMB38,800 (RM23,562). 

Dengan strategi pemasaran dan harga jualan yang berpatutan, model seperti Hong Guang MINI EV ini boleh dijadikan sebagai model EV pertama bagi menggalakkan pemilikan EV di kalangan rakyat Malaysia. 

Mungkin Proton atau Perodua boleh hadir dengan produk seumpama ini suatu hari nanti?

Sumber: Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Sedan saiz pertengahan itu membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,835 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,…
Berita Global
Model Wuling Air EV ini adalah kenderaan elektrik super kompak yang sesuai untuk bandaraya padat…