Wyoming mahu haramkan penjualan EV 2035

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: EVBox
Di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, tidak semua tempat mempunyai akses penuh kepada pengecasan kenderaan elektrik, dan itu antara sebab kenapa badan perundangan negeri Wyoming mahu mengusulkan cadangan untuk mengharamkan penjualan kenderaan elektrik bermula 2035.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan satu respon kepada undang-undang yang dilaksanakan di negeri lain bagi menghalang penjualan kenderaan konvensional.

Wakil senator Jim Anderson memberitahu Cowboy State Daily, beliau mahu menolak larangan terhadap penjualan kereta baharu dengan enjin pembakaran dalaman di negeri seperti California dan New York.
 

wyoming


"Badan Perundangan akan berkata, 'jika anda tidak suka kereta petrol kami, kami juga tidak suka dengan kenderaan elektrik anda'," ujar Anderson.

Salah satu sebab kenapa Wyoming menentang keras pengharaman penjualan kereta petrol adalah disebabkan sumber negeri itu sendiri yang bergantung kepada minyak dan gas.

Pada tahun 2021 sahaja, Wyoming mengeluarkan lebih 85 juta tong minyak mentah, menjadikannya negeri pengeluar minyak kelapan terbesar di Amerika Syarikat.

Industri minyak dan gas telah menjadi salah satu industri bernilai di sana dan menyediakan banyak peluang pekerjaan lebih daripada satu abad.

Selain itu, negeri Wyoming itu memiliki bilangan penduduk yang rendah dengan populasi kurang dari 600,000 orang dan ada sesetengah komuniti luar bandar yang masih lagi tidak mempunyai akses kepada jaringan internet.
 

us


Masalah kekurangan infrastruktur pengecasan juga menjadikan penggunaan EV tidak praktikal di negeri tersebut.

Senator Brian Boner menambah, "saya amat berminat untuk memastikan penyelesaian yang dimahukan oleh golongan yang mahu menangani krisis iklim sebenarnya penyelesaian yang praktikal dalam dunia sebenar.

"Saya hanya tidak menghargai apabila sesetengah negeri cuba untuk memaksa pelaksanaan teknologi yang masih belum bersedia."

Sumber: Cowboy State Daily