X-Class konsep Camper

oleh HEZERI SAMSURI|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class memang bakal dijadikan pelbagai varian dan Mercedes-Benz sendiri menampilkan varian camper untuk pikap tersebut.

 

 

 

Dengan bantuan syarikat camper-van dari Jerman, Tischer, Mercedes-Benz menghasilkan sebuah kabin di atas X-Class tersebut. 

Ia lengkap dengan sebuah dapur memasak tiga tungku, katil utama di atas bumbung, tempat duduk muat untuk tiga tetami yang boleh diubahj menjadi katil, bilik air dengan tandas dan pancur air dan sinki boleh lipat.

 

 

Untuk yang mahukan sesuatu yang lebih ringkas, VanEssa menghasilkan kit dapur khusus untuk X-Class.

Dapur yang menggelungsur keluar ini dilengkapi dengan peti sejuk, freezer, sinki, laci-laci simpanan, dapur satu tungku dan kemasan kayu jati bagi melihatkan sifat premium jenama itu.

 

 

Mercedes-Benz X-Class dijangka akan dilancarkan tahun ini dan harganya Careta rasa tidak kurang dari RM170,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ditawarkan dalam versi  230sl, 250sl dan 280sl, SL Pagoda dimiliki pelbagai individu terkenal…
Berita Global
Namun, tahukah anda Mercedes-Benz juga kini sedang membangunkan sebuah SUV rekaan berkotak, namun…
Berita Global
Model crossover wagon ini seperti biasa, disasarkan kepada golongan pelanggan yang 'benci SUV',…