Enjin itu memang sedap untuk pemanduan seharian, tidak kira dalam keadaan santai mahupun ketika kaki kanan sedang berat 100 kg di laluan lebuh raya Malaysia yang tercinta ini.
Namun, seorang pemilik Proton X50 berjaya menala semula enjin 1.5 liter itu di mana ia kini mampu menghamburkan kuasa setinggi 200 hp dan 310 Nm.

Menurut informasi yang dipetik daripada FB All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia, Proton X50 tersebut telah menjalani talaan Stage 2 kepada ECU, selain beberapa modifikasi seperti:
- penggunaan suspensi boleh laras DWD Hi Low Soft Hard
- bushing berprestasi tinggi
- bar casis SuperCircuit
- kit brek Brembo 6 Port 380 mm
- sistem perpaipan SuperCircuit
Berdasarkan pemanduan yang dibuat di Litar Sepang baru-baru ini, Proton X50 tersebut berjaya mencatatkan masa 2 minit 47.94 saat, satu angka yang cukup pantas memandangkan Proton X50 bukanlah direka untuk menjadi sebuah SUV pantas ketika keluar kilang.
Malah menurut pemiliknya Lee Jian Xian, meskipun dengan kotak gear yang standard, Proton X50 tersebut tidak menunjukkan sebarang petanda kekurangan kuasa atau lemau selepas 20 kali dipandu mengelilingi litar Sepang.
Rakaman pemanduan Proton X50 boleh ditonton menerusi pautan di bawah:
Sumber: Lee Jian Xian, All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia