XIAOMI BAKAL BERI SAINGAN SENGIT DALAM PASARAN EV CHINA

oleh Firdaus Razani|
Pembuat telefon pintar China, Xiaomi yang baharu sahaja melancarkan kereta elektriknya yang pertama iaitu SU7, sekaligus menjadi peserta baharu dalam pasaran EV di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menampilkan dengan reka bentuk yang sporty seperti Porsche Taycan, dan diberi tanda harga di bawah Tesla Model 3, ia pasti memberi saingan lebih sengit kepada jenama yang ada di pasaran China.

Xiaomi SU7 ditawarkan dengan tiga pilihan versi, iaitu Standard, Pro dan Max, dan harga yang ditawarkan adalah seperti berikut;

 

  • Standard - 215,900 yuan (RM142,000)
  • Pro - 245,900 yuan (RM162,000)
  • Max - 299,900 yuan (RM197,000)

 

Ketua pegawai eksekutif dan pengasas Xiaomi, Lei Jun berkata, SU7 adalah 30,000 yuan (RM19,000) lebih murah berbanding Model 3 yang ketika ini dijual pada harga 245,900 yuan di China.

Menurut Lei juga, selain daripada tanda harga menarik yang ditawarkan, SU7 juga berupaya mengatasi Tesla dengan jarak geraknya.

SU7 mempunyai jarak gerak minimum sehingga hampir 700km manakala Tesla Model 3 hanya sejauh 567km.

Pelancaran itu memenuhi cita-cita pengasas Xiaomi, yang mengumumkan penyertaan syarikat itu ke dalam EV pada 2021 dan berjanji untuk melabur AS$10 bilion dalam perniagaan autonya.

Syarikat itu membentuk perkongsian pembuatan dengan pembuat kereta milik kerajaan BAIC Group dan pertama kali mempamerkan SU7 pada bulan Disember lalu.

Syarikat itu, yang terkenal dengan telefon pintarnya mula menerima tempahan untuk SU7 dari 10 malam waktu Beijing, telah menerima 50,000 tempahan dalam tempoh 27 minit pertama.

 

Laporan lanjut di The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…