Xiaomi SU7 Ultra Catat Rekod Baharu Nürburgring

oleh Qalif Latif|
Xiaomi hari ini mengumumkan pencapaian besar bagi model SU7 Ultra, apabila versi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) itu berjaya mencatat masa pusingan terpantas dalam sejarah Nürburgring Nordschleife untuk kategori EV produksi. SU7 Ultra menamatkan litar mencabar di Jerman itu dalam masa 7 minit 4.957 saat menjadikannya EV pengeluaran paling laju dalam sejarah litar berprestij tersebut.

etua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, menyatakan keyakinannya bahawa rekod ini akan dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang. Beliau turut menyatakan bahawa Xiaomi merancang untuk terus bertapak di Nürburgring dalam jangka masa panjang dan bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar automotif terkemuka dunia dalam arena global ini.

Sejarah Prestasi Hebat

SU7

Rekod baharu ini hadir susulan kejayaan prototaip SU7 Ultra pada Oktober 2024, apabila ia mencatat masa rasmi 6 minit 46.874 saat di Nürburgring sekali gus menamatkan dominasi selama tujuh tahun oleh jenama-jenama automotif Eropah dan Amerika serta mengangkat prototaip tersebut sebagai kereta empat pintu paling pantas di litar itu.

Versi produksi SU7 Ultra menggunakan trenkuasa yang sama seperti prototaipnya, termasuk motor elektrik Super Motor V8s yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi, dengan kelajuan putaran maksimum mencecah 27,200 rpm.

Kenderaan ini menghasilkan kuasa maksimum 1,548 hp dan mampu memecut dari 0 ke 60 mph dalam hanya 1.98 saat. Kelajuan maksimum pula direka mencecah 217 mph (350 km/j) meletakkannya di hadapan semua model empat pintu produksi lain dari segi prestasi global.

Rekod di Litar Lain dan Kerjasama Gran Turismo

Sebelum kejayaan di Nürburgring, SU7 Ultra versi produksi juga telah mencatat masa terpantas untuk kereta empat pintu di beberapa litar lain, antaranya:

  • Litar Tianfu Chengdu: 1:26.741

  • Litar Antarabangsa Zhuzhou: 1:41.806

  • Litar Antarabangsa Zhuhai: 1:37.758

  • Litar Antarabangsa Zhejiang: 1:32.616

Dalam perkembangan berkaitan, pada 8 Jun lalu, Xiaomi turut mengumumkan kerjasama dengan Polyphony Digital, pembangun siri permainan perlumbaan Gran Turismo. Hasil kerjasama ini, SU7 Ultra versi produksi akan secara rasmi muncul dalam permainan Gran Turismo 7. Mereka juga memperkenalkan konsep kenderaan baharu iaitu Xiaomi Vision GT.

SU7

Link rujukan: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Harga Pra-Jualan & Varian Xiaomi SU7 ditawarkan dalam tiga varian utama dengan kenaikan harga…
Berita Global
Menurut seorang blogger automotif di Weibo yang menggunakan nama samaran “Sago soup in Bologna” (…
Berita Global
Prestasi sistem brek kebiasaannya akan dipertingkatkan dengan penggunaan angkup dan kaliper brek…