Xiomi akan hasilkan EV guna kilang GreatWall (Haval)

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat elektronik gergasi China, Xiomi Corp bercadang untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan kilang kenderaan Great Wall (Haval).

Laporan dari Reuters melihat peningkatan pada nilai saham Xiomi sebanyak 6.3 peratus sementara saham Great Wall juga naik 10.4 peratus di Shanghai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Xiomi, antara syarikat pembuat telefon pintar terbesar dunia dikatakan sudah memulakan perbincangan dengan Great Wall untuk projek EV tersebut.

Great Wall sebenarnya adalah sebuah syarikat automotif yang berteraskan kejuruteraan. Tidak seperti Geely yang mendapat teknologi secara pembelian syarikat asing, Great Wall lebih kepada mewujudkan komponen dan teknologi sendiri agar lebih mampan.

Awal tahu ini Great Wall yang sedang membina kilang EV di China bersama BMW AG telah melancarkan EV mereka sendiri,  Ora EV.

 

 

Xiomi pula bukanlah satu-satunya syarikat teknologi China yang mahu menghasilkan EV. 

Januari lalu, syarikat enjin pencarian Baidu juga berkata ia mahu menghasilkan EV di salah satu kilang Geely. Huawei juga sudah lama mengumumkan penghasilan EV mereka.

Di Malaysia, masih tidak ada sebarang perutusan rasmi berkaitan insentif seterusnya untuk EV.

* Laporan penuh di Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Namun, kereta itu membuat kemunculan sulung pada ketika pasaran kenderaan terbesar di dunia itu…