Menurut Naib Presiden Asia Pasifik XPEL, Chris West hubungan ini terbina atas keserasian nilai antara kedua-dua pihak.
Beliau menegaskan bahawa JMR adalah pasukan yang menyerlah bukan sahaja di litar, tetapi juga dari segi komitmen terhadap ketepatan dan kualiti, selari dengan DNA XPEL.
Ketiga dari kiri ke kanan (XPEL Malaysia Director – Joanne Yap, JMR – Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, XPEL Malaysia Managing Director – Mr. Dee, XPEL Malaysia Operations Director – Mr. John Shieh, JMR Head of Commercial & Client Relations – Miss Veronica Chua)
Kerjasama ini turut memberi peluang kepada XPEL untuk menunjukkan ketahanan produk perlindungan mereka dalam situasi perlumbaan ekstrem.
Presiden JMR merangkap pemandu utama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (HH Prince Jefri Ibrahim), turut menzahirkan rasa teruja.
Baginda menegaskan bahawa baginda sendiri telah menggunakan produk XPEL selama bertahun-tahun, dan kerjasama rasmi ini memberi nilai tambah terutama dalam perlumbaan endurance yang menuntut ketahanan kereta dari awal hingga tamat perlumbaan.
Mengimbas kembali, JMR melalui musim 2025 dengan pelbagai pencapaian, termasuk kemenangan sulung Corvette Z06 GT3 di Sepang, beberapa podium penting, penyudah podium di Suzuka 1000, serta kejayaan menamatkan 24 Hours of Spa.
Untuk 2026, JMR bakal beraksi dalam siri perlumbaan utama seperti Asian Le Mans Series dan Intercontinental GT Challenge, termasuk Bathurst 12 Hour, Spa 24 Hours, Suzuka 1000, dan Indianapolis 8 Hour.
Kerjasama XPEL–JMR ini bukan sekadar penjenamaan, tetapi gabungan kekuatan antara teknologi perlindungan automotif dan kepakaran perlumbaan endurance.
Kedua-duanya kini bersedia untuk mencipta lagi pelbagai pencapaian baharu di pentas global, sambil mengukuhkan kedudukan sebagai pasukan dan jenama yang mengutamakan ketahanan, inovasi dan prestasi pada tahap tertinggi.