XPeng P5 - kereta produksi pertama yang dilengkapi penderia LiDAR

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat dari China, XPeng telah mendedahkan secara rasmi model baharu P5, dan ia merupakan sebuah sedan fastback berkuasa elektrik yang menampilkan teknologi penderia LiDAR yang pertama di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teknologi LiDAR itu menggunakan penderia jenis prisma berkembar yang diposisikan pada ruang kemasukan udara, dan berupaya untuk mengesan pelbagai jenis objek termasuklah penunggang basikal, pejalan kaki, penunggang skuter, halangan statik dan kerja-kerja jalan raya.

Ia juga mampu beroperasi dalam pelbagai kondisi pencahayaan, termasuklah ketika pemanduan di tengah malam, atau ketika melalui kawasan kurang pencahayaan seperti di dalam terowong.

 


XPeng P5 juga turut dilengkapi dengan 12 unit penderia ultrabunyi, radar bergelombang 5 mm, dan 13 unit kamera beresolusi tinggi yang merupakan tunjang utama kepada sistem bantuan pemanduan semi-autonomi XPILOT 3.5.

Menurut XPeng, ia merupakan antara ciri yang 'terkuat' pernah ditawarkan di dalam mana-mana kereta produksi yang bukan sahaja mampu beroperasi di lebuhraya, akan tetapi boleh dimanfaatkan di jalan-jalan bandar.

Dari segi luaran, XPeng P5 menampilkan rekaan hadapan dengan unit lampu yang tajam, rekaan bampar hadapan dengan bukaan udara di bawah, serta slot pengecasan pada kedua-dua fender hadapan.

 


Rekaan bumbung fastback itu turut menempatkan bumbung kaca panorama, sementara ruang belakang pula menampilkan unit lampu LED yang nipis dihubungkan dengan jalur LED beriluminasi.

Xpeng P5 membawakan ukuran panjang 4,808 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,768 mm, dengan kelebihan 114 mm berbanding sebuah Tesla Model 3, namun dengan jarak antara roda yang sedikit pendek.

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan skrin paparan kluster digital, skrin infotainmen 15.6 inci dalam posisi menegak, tempat duduk balutan kulit, trim hitam berkilat serta aksen metalik.

Menurut XPeng lagi, P5 ini juga akan turut memuatkan sebuah peti sejuk terbina, semburan penyegar udara di dalam kabin, dan mod tidur yang membolehkan tempat duduk hadapan dibaringkan rata.

Perincian lanjut XPeng P5 hanya akan diumumkan dengan lebih menyeluruh pada 19 April ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…