E/E Architecture ini dibangunkan secara bersama dengan konsep modular dan sistem komputer pusat (central-computer). Reka bentuk sebegini membolehkan pengurangan electronic control unit (ECU) sehingga 30 peratus, kos pendawaian lebih rendah, dan sokongan over-the-air (OTA) update yang lebih pantas menjadikan setiap kenderaan lebih mudah ditingkat taraf seperti sebuah telefon pintar.
Volkswagen sebelum ini melabur hampir USD700 juta untuk pegangan hampir 5% saham dalam XPENG pada 2023, sebagai asas kepada kolaborasi jangka panjang ini. Hasilnya, VW menjangka kos pembangunan EV boleh dikurangkan sehingga 40% sekaligus memberi saingan lebih kuat terhadap pengeluar tempatan seperti BYD.
Dua model EV baharu hasil kerjasama ini termasuk sebuah SUV segmen pertengahan dijadualkan memasuki pasaran China seawal 2026. Pada masa yang sama, peluasan ke ICE dan PHEV membolehkan Volkswagen mempercepat transformasi digital ke seluruh barisan produknya di China.
Langkah ini mengukuhkan strategi “In China, for China” Volkswagen, sambil menegaskan peranan XPENG sebagai rakan teknologi utama dalam perlumbaan EV dan kenderaan pintar global.