Y15ZR, NVX antara hadiah menarik untuk peserta LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Ajil Challenge

oleh Mohamad Hanif|
Tarikh pendaftaran untuk acara kayuhan LPT2 DePerasing Ride 2019 – Ajil Challenge yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 15 Oktober.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran tersebut dibuat untuk memberi peluang kepada lebih ramai mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian di dalam acara yang julung kali diadakan di R&R Ajil di LPT2,” kata Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim.

Menurut Roszi, orang ramai membuat pendaftaran di laman web www.sports360.my untuk mana mana 3 kategori iaitu Road Bike (110km), Mountain Bike (50km) dan Fun Ride (50km).

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 hingga RM120 bergantung pada kategori.
 

 


“Setiap penyertaan akan diberikan jersi atau kemeja-t mengikut kategori yang disertai. Jersi bagi Kategori VIP turut diselitkan dengan motif batik yang berkait rapat dengan identiti pelancongan Terengganu,” jelas Roszi.

LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge turut menawarkan hadiah-hadiah menarik berjumlah RM55,000 termasuk cabutan bertuah sebuah Yamaha NVX dan Y125ZR serta hadiah wang tunai untuk penyertaan pasukan teramai dan lain-lain lag