Yamaha 135LC Fi 2022 rasmi - 12.5 hp/12.2 Nm, harga dari RM7,798

oleh Mohamad Hanif|
Jentera yang ditunggu-tunggu ramai, Yamaha 135LC 2022 akhirnya selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Hong Leong Yamaha Motor sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi baharu Yamaha 135LC Fi (135LC V8) itu kini menampilkan beberapa ciri menarik yang mampu menjadikannya pilihan yang berbaloi untuk segmen moped tempatan.
 

LC


Dari segi kuasa, 135LC Fi ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal bersesaran 135 cc dengan suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 12.5 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 12.2 Nm @ 6,000 rpm, serta mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Ia dipadankan dengan transmisi empat nisbah kelajuan, dengan kapasiti tangki 4.6 liter yang lebih besar untuk tunggangan yang lebih jauh dan selesa.
 

LC


Antara ciri menarik termasuklah penggunaan kerangka yang lebih ringan dan kukuh yang menyumbang kepada posisi tunggangan yang lebih ergonomik, rekaan cowling yang lebih aerodinamik, serta sistem brek cakera untuk bahagian belakang yang menawarkan kuasa brek yang lebih stabil.

Rekaan kepala Yamaha 135LC ini meminjam unit daripada Yamaha Y15ZR V2 dengan unit lampu LED yang agresif, diikuti dengan paparan digital yang mampu memberikan pelbagai maklumat penting kepada penunggang.
 

LC


Yamaha 135LC Fi 2022 ini didatangkan dengan roda bersaiz 17 inci, dengan ketinggian pelana sekitar 775 mm dan berat keseluruhan 109 kg.

Menariknya, untuk model SE HLYM menawarkan aksesori bakul premium untuk ruang penyimpanan tambahan yang lengkap dengan soket pengecasan USB, ciri kalis air dan juga bukaan pelana yang lebih luas.

Empat warna ditawarkan iaitu Ruby Red, Midnight Star, Crystal Cyan serta model edisi khas (SE) dengan warna Desert Storm.
 

LC


Harga jualan bermula dari RM7,798 sehingga RM8,198 untuk versi 135LC Fi SE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Suspek yang berusia 17 tahun dikatakan takut dan terus membawa mayat itu pulang ke rumah remaja…
Model Terbaharu
Tepat seperti apa yang kami siarkan sebelum ini, salah sebuah motosikal terlaris Hong Leong Yamaha…
Berita Domestik
Satu kejutan yang menggemparkan media sosial minggu lalu dengan tersebarnya brosur produk motosikal…