Yamaha bangunkan motor elektrik 800V, mampu hasilkan kuasa sehingga 469 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini Yamaha telah berkecimpung di dalam penghasilan kereta beroda empat secara tidak langsung, pengeluar motosikal Jepun itu nampaknya tidak pernah menunjukkan niat untuk memasuki dunia automobil secara serius.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia tidak pernah menghalang syarikat yang terkenal dengan pembuatan alat muzik itu untuk menghasilkan motor elektrik, selari dengan perkembangan dunia semasa.

Menurut Yamaha, motor elektrik baharu itu dikatakan mempunyai voltan operasi setinggi 800V, dan mampu menghamburkan kuasa tertinggi di dalam kelasnya, iaitu 469 hp untuk sebuah motor elektrik!

 


Penghasilan kuasa yang tinggi itu disumbangkan oleh penggunaan rekaan baharu yang lebih kompak mengintegrasikan gear dan inverter di dalam satu unit binaan tunggal.

Rekaan yang kompak ini juga membolehkan Yamaha (atau pengeluar kenderaan yang lain) memasang lebih daripada satu unit binaan untuk sesebuah kenderaan, sekaligus menawarkan kuasa yang lebih tinggi, sesuai untuk kereta sports, supercar mahupun hypercar.  

Yamaha juga kini telah mula menerima tempahan bagi motor elektrik bagi pengeluar kereta serta industri yang memerlukan sebuah motor EV yang mampu menghasilkan output yang tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan…
Berita Global
Ash Thorp, pereka Batmobile bergaya muscle car yang muncul dalam filem tersebut kini telah…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…