Yamaha ceburi industri EV - motor elektrik rekaan kompak, 270 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan kepakaran Yamaha?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada pakar alat muzik dan juga menghasilkan Ysuku yang panas macam keluar dari ketuhar itu, Yamaha juga mempunyai kepakaran yang tersendiri di dalam industri automotif. 

 


Sejarah Yamaha boleh dilihat kembali bermula dari zaman kebangkitan Toyota 2000GT, dan kemudian nama-nama enjin berikut mulai muncul seperti 2JZ, 3S-GTE, 4A-GE dan yang terbaharu, 1LR-GUE V10 dengan runut bunyi yang mengasyikkan itu. 

Baca: Senarai kenderaan talaan Yamaha

Namun, peredaran zaman kini beralih kepada tenaga elektrik, dan apa pula jawapan Yamaha terhadap perkembangan semasa?

 


Ini dia, unit motor elektrik Interior Permanent Magnet Synchronous Motor (IPMSM) yang dibangunkan oleh Yamaha dan ketika ini prestasinya sedang diuji di dalam sebuah kereta ujian Alfa Romeo 4C.

Unit kompak ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa bermula dari 47 hp sehinggalah setinggi 270 kuasa kuda (dan daya kilas yang segera), di mana pihak Yamaha boleh menala kembali output motor berdasarkan permintaan pelanggan.

 


Bukan sekadar kereta, malah unit motor elektrik ini cukup versatil untuk digunakan pada mana-mana jenis kenderaan.

Difahamkan, unit ini sudah pun boleh ditempah, namun tiada sebarang harga jualan diumumkan buat masa ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…