Yamaha Eropah lancar YZF-R125 2023

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, anda boleh dapatkan jentera supersports bersesaran kecil 150 cc seperti Yamaha YZF-R15, Suzuki GSX-R150, atau Honda CBR150R pada harga yang lebih mesra poket.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun di Eropah, pembeli di sana boleh mendapatkan pilihan jentera reraup penuh dengan sesaran enjin yang jauh lebih kecil daripada model yang disebutkan itu tadi.
 

R125


Yamaha YZF-R125 2023 boleh disifatkan sebagai jentera supersport aras mula yang anda boleh beli di Eropah untuk digunakan di atas jalan raya atau litar lumba.

Ia dikuasakan enjin silinder tunggal 125 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) bagi membolehkannya menjana kuasa 14.8 hp serta daya kilas 11.5 Nm, dan dalam masa yang sama patuh piawaian emisi Euro 5.
 

R125


R125 ini menggunakan casis kerangka aluminium Deltabox, dibantu dengan fork hadapan USD 41 mm, lengan ayun aluminium beserta penyerap hentak link-type di belakang, dengan ketinggian pelana sekitar 820 mm.

Memastikan jentera ini melekat dengan baik atas jalan dan litar adalah tayar Michelin Pilot Street, sementara sistem brek terdiri daripada rotor 292 mm depan dan 220 mm di belakang.
 

R125


Segala info boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT lima inci dengan sokongan sambungan Bluetooth serta antaramuka yang diinspirasikan daripada model R1.

Tidak padan dengan status sebagai jentera aras mula, Yamaha turut memuatkan kelengkapan seperti sistem kawalan cengkaman, klac Assist & Slipper, serta opsyen untuk memuatkan sistem quickshift satu hala - sama seperti abangnya R15!
 

R125


Boleh didapati dalam warna Icon Blue atau Tech Black, Yamaha YZF-R125 ini boleh didapati bermula April 2023 di pasaran Eropah.