Model EZ115 2025 dengan pilihan warna baharu akan mula dipasarkan di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 15 Disember 2025.
Harga runcit yang dicadangkan ialah RM5,698, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.
Selain itu, setiap pembelian baharu disertakan dengan Yamaha safety disc lock bernilai RM100, sebagai nilai tambah untuk keselamatan pemilik.
Dari segi teknikal, Yamaha EZ115 mengekalkan enjin 114 cc, satu silinder, SOHC berpenyejukan udara, yang mampu menghasilkan 8.6 HP pada 7,000 rpm dan 9.5 Nm tork pada 5,500 rpm.
Enjin ini direka untuk memberikan prestasi yang stabil, penggunaan bahan api yang efisien serta penyelenggaraan yang mudah.
Model ini turut dilengkapi ruang under-seat storage yang luas, yang boleh dibuka hanya menggunakan kunci utama, sekali gus menambah aspek praktikal untuk kegunaan harian.
Secara keseluruhan, pengenalan warna baharu bagi Yamaha EZ115 2025 mengukuhkan kedudukannya sebagai motosikal kompak yang sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kecekapan, kemudahan dan kos pemilikan yang rendah.
Dengan kombinasi reka bentuk yang dipertingkatkan serta ciri teknikal yang terbukti, EZ115 kekal sebagai pilihan relevan dalam segmen moped kompak di Malaysia.