Yamaha MT-07- Jentera yang nampak jinak, tapi ganas!

oleh DIANA ISMADI|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Kali ini pihak Careta berpeluang menguji jentera Yamaha MT-07 yang diwar-warkan sebagai motosikal yang seronok ditunggang tak kira dalam bandar atau perjalanan jauh. 

 

Perkara pertama yang kami rasakan apabila melihat jentera ini didepan mata, ia memang nampak kecil, seolah sebuah yamaha RXZ yang dibesarkan sedikit. Apabila kami melihat bahagian enjin dan rekaan berotot jentera ini, baru kami rasa sangat teruja!  Apakah ia benar-benar sebuah jentera yang berkuasa? Adakah ia dapat menawarkan kuasa yang diinginkan apabila pendikit dipulas? 

 

MT 07

 

Perkara yang mengujakan, pastinya kuasa  terjahan  yang begitu kuat dan terasa mantap. Bagi penunggang baharu atau tidak biasa dengan sebuah “naked bike”, jentera ini memang bahaya terutamanya ketika di lampu isyarat. Jika terlebih pulas pendikit, melompatlah anda jika tak dapat mengawal jentera ini dengan betul.

 

Sememangnya ia bukan jentera yang jinak, penunggang akan dapat merasakan kuasa enjin dari permulaan hingga ke tahap maksimum. Berani atau tidak,  pengalaman seseorang itu sahaja akan membezakanya. 

Yamaha mt07

 

Bermula dari Kompleks Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh, Selangor lagi awok dah merasakan getaran  tulang rusuk dan getaran jiwa terhadap  jentera Yamaha MT07. 

 

Jentera ini dilengkapi dengan enjin  empat lejang 689cc cecair penyejuk yang menghsilkan kuasa 74.8ps @ 9,000rpm dengan 68.0Nm @ 6,500rpm. Jentera ini begitu seronok ditunggang, hingga tak perasan gadis-gadis yang berbaris  menuggu bas di tepi jalan. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengapian (fuel enjection sistem) Transistorized Controled Ignition (TCI).

MT07

 

Anda akan dapat merasakan kuasanya apabila anda mula menguji jentera ini di lebuhraya, dengan merasakan terjahan luar biasa setiap kali pendikit minyak dipulas menjadikan motosikal  ini seolah-olah kita mahu melompat macam seladang, begitu garang!

 

 Ia begitu galak meluncur ke depan, seolah tiada apa yang dapat menghalang motosikal ini dari meluncur bebas di jalanraya. Sememangnya Yamaha MT07 ini sebuah motosikal untuk kesronokkan dan sesuai bagi mereka yang mahu berulang-alik ke tempat kerja atau menunggang di hujung minggu.
Memang tepat dengan nama jentera ini, MT, Master of Torque. Harus diingatkan, ia datang dengan enjin dua silinder (Crossplane) sama dengan R1 yang mana sudut engkolnya 270 darjah membuatkan daya pecutan dan kuasa enjin begitu berkuasa.

mt07

 

Apabila berhenti di lampu isyarat, sila berhati-hati kepada pada penunggang baharu, jangan cuba nak jadi raja cilok kapchai. Kuasa enjin jentera ini begitu kuat jika pendikit terpulas dengan kuat, serta merta motosikal ini akan melompat dan terus maju kehadapan. 

 

Dengan kedudukan posisi si penunggang yang tampak agresif,  segala suis mudah dikawal, meter digital LCD yang moden, tempat duduk yang selesa dengan ketinggian 805mm dari tempat duduk, jentera ini memang ranggi dan mantap!

mt07

 

Selain itu, kerangka keluli ringan jenis “backbone” dibina sama dengan bentuk badan motosikal, berat hanya 179 kilogram (termasuk bahan api), saiz tangki 14 liter,  dapat memaut paha dengan erat untuk memudahkan kita  mengawalan ketika selekoh atau menyusuri dalam bandar begitu mudah dan lancar. Ia turut ditambah dengan tayar berukuran 120/70 ZR 17M/C pada bahagian hadapan,  dan 180/55 ZR 17M/C untuk bahagian belakang.

 

Ketika menyusuri selekoh tajam dan pendek di Kuala Klawang yang terkenal bagi penunggang-penunggang hujung minggu disekitar Kuala Lumpur khususnya, kita boleh menguji sistem suspensi belakang monocross yang tetap memberi keyakinan kepada tunganggan walaupun ia lembut menyebabkan motosikal membuai-buai namun masih boleh dikawal.

mt07

Dengan brek hadapan berkembar yang berukuran 282m diameter dan belakang jenis single disc 245mm, motosikal ini dapat diberhentikan dengan selamat.

 

Di Lebuh Raya Lekas pula, pada kelajuan 170 km/j dan ke atas,  MT-07 masih stabil, hendal tidak bergegar yang membolehkan imej pada cermin sisi nampak jelas, tetapi tidak digalakkan kerana tamparan angin begitu kuat bagi sebuah model naked seperti ini.

mt07

Motosikal Yamaha MT07 pemasangan tempatan (CKD) ini boleh didapati di semua pengedar Yamaha di seluruh negara pada harga RM36,795.78 termasuk cukai barang dan perkhidmatan.
Jentera ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian atau buat anda yang inginkan gaya tunggangan yang mantap dan bergaya. 

Penulis dan gambar oleh; Afiz Takumi

mt07

mt07

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit enjin YZF-R7 ini diambil secara terus daripada model sports naked Yamaha MT-07, iaitu nadi 689…