Yamaha MT-15 2020 kini rasmi dijual di Malaysia - bermula dari RM11,988

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran rasmi model Master of Torque Yamaha MT-25 September lalu, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut sama membawakan sebuah lagi model MT yang lebih rendah, iaitu Yamaha MT-15.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, Yamaha MT-15 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue.

 


Dari segi kuasa, Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin silinder tunggal 155cc dengan teknologi VVA yang menghasilkan 19 kuasa kuda dan 14.7 Nm daya kilas pada putaran enjin 8,500 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta ciri klac jenis assist & slipper untuk penukaran gear yang lebih lancar.

 


Antara kelengkapan yang didatangkan pada Yamaha MT-15 adalah fork hadapan jenis terbalik, penyerap hentak belakang monoshock, brek cakera hadapan dan belakang, serta rim bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 110/70 dan 140/70.

Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 10.4 liter, dan mempunyai ketinggian tempat duduk sekitar 810 mm.

 


Ciri moden yang dilengkapkan pada MT-15 adalah penggunaan lampu utama jenis LED depan dan belakang, dan skrin paparan digital yang memaparkan bacaan penting jentera.

Harga jualan untuk Yamaha MT-15 2020 bermula dari RM11,988.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna Icon Blue, Midnight Black dan juga Cyan Storm.  …
Berita Domestik
Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna biru, hitam dan juga kelabu. Namun dari segi…
Model Terbaharu
Membawakan enjin yang serupa didapati pada Yamaha R25, enjin 249 cc empat lenjang dua silinder itu…