Yamaha MT-15 2021 dikemaskini dengan tiga warna baharu, harga kekal RM11,988

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini memperkenalkan secara rasmi kemaskini terhadap penawaran model motosikal Yamaha MT-15 2021 dengan tiga warna baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna biru, hitam dan juga kelabu.

Namun dari segi spesifikasi, Yamaha MT-15 2021 masih lagi mengekalkan penggunaan enjin 155 cc silinder tunggal sejukan cecair yang berupaya menghasilkan 19.3 PS @ 10,000 rpm, serta daya kilas 14.7 Nm @ 8,500 rpm.
 

MT15


Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dengan penggunaan klac jenis basah, sementara sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik hadapan, serta lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Sistem pemberhentian menggunakan brek cakera depan dan belakang, sementara rim bersaiz 17 inci itu dibaluti tayar bersaiz 110/70 depan dan 140/70 belakang.
 

MT15


Harga jualan juga kekal tidak berubah, bermula dari RM11,988 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans), dan setiap pembelian akan disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, model edisi terhad dengan liveri warna baharu ini hanya akan diproduksikan sebanyak 600…