Yamaha MT-15 2022 dengan tiga warna baharu, harga kini dari RM12,298

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan kemaskini warna baharu bagi model naked Yamaha MT-15 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna Icon Blue, Midnight Black dan juga Cyan Storm.
 

MT15


Dari segi kuasa, Yamaha MT-15 2022 masih lagi mengekalkan nadi silinder tunggal 155 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 19 hp @ 10,000 rpm, dan daya kilas 14.7 Nm @ 8,500 rpm.

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dengan penggunaan klac jenis basah, sementara sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik hadapan, serta lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.
 

MT15


Sistem pemberhentian menggunakan brek cakera depan dan belakang, sementara rim bersaiz 17 inci itu dibaluti tayar bersaiz 110/70 depan dan 140/70 belakang.

Harga jualan Yamaha MT-15 bermula dari RM12,298.00 dan boleh didapati di kesemua pengedar rasmi Yamaha bermula 13 Jun 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna biru, hitam dan juga kelabu. Namun dari segi…
Pelancaran
Kini, Yamaha MT-15 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, dan boleh didapati dalam dua…
Model Terbaharu
Membawakan enjin yang serupa didapati pada Yamaha R25, enjin 249 cc empat lenjang dua silinder itu…