Yamaha MT-25 2021 dapat dua warna baharu - Yamaha Blue & Storm Fluo

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kemaskini model MT-15, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mengemaskini penawaran model MT-25 untuk tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua varian warna baharu yang ditawarkan adalah warna Yamaha Blue dan Storm Fluo.

Dari segi spesifikasi, Yamaha MT-25 2021 masih lagi mengekalkan enjin dua silinder sebaris 249 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 35.1 PS @ 12,000 rpm dan daya kilas 22.6 Nm @ 10,000 rpm.

Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.
 

MT-25


Yamaha MT-25 turut didatangkan dengan suspensi Inverted Front Forks dan penyerap hentak tunggal di belakang bagi memastikan pengendalian yang lebih stabil terutama di selekoh, serta menyokong tunggangan yang lebih selesa.

Ciri menarik yang didatangkan adalah lampu posisi LED berkembar yang diikuti dengan lampu utama LED ditengah, serta diikuti lampu isyarat membelok dan lampu belakang daripada LED menambahkan lagi penampilan agresif.  
 

MT


Harga jualan kekal tidak berubah, bermula dari RM21,500 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), di mana setiap pembelian didatangkan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100.