Kedua-dua model skuter ini menampilkan rekaan panel luaran serba baharu, dimulakan dengan lampu utama berkembar dengan lampu nyalaan siang, lampu membelok di bahagian bawah reraup, dan unit windshield yang lebih tinggi.
Dari segi penawaran, kedua-dua NMax 125 cc dan Nmax 155 cc datang dengan fungsi start/stop, kawalan cengkaman, sistem pencahayaan LED, sistem bantuan Smart Key, sambungan kepada Bluetooth, soket kuasa dan kapasiti tangki bahan api sebesar 7.1 liter yang membenarkan jarak perjalanan sejauh 300 km.
Selain daripada itu, Nmax 2021 juga turut dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran, dan paparan monokrom LCD serba baharu yang turut menyokong sambungan kepada aplikasi Yamaha MyRide.
Unit kuasa pula terdiri daripada enjin 125 cc yang menghasilkan 12 hp dan 11.2 Nm, manakala enjin 155 cc pula menghasilkan 14.8 hp yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik V-Belt.
Sebelum ini, versi facelift Yamaha Nmax telah pun dilancarkan di Indonesia pada penghujung tahun yang lalu, diikuti pasaran Thailand pada April 2020.