Yamaha PAS Wagon 2024, boleh bawa lebih banyak barang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha PAS Wagon 2024
Yamaha PAS Wagon 2024
Jika sebelum ini kami melaporkan tentang basikal bantuan elektrik Yamaha PAS CITY-V, kini giliran PAS Wagon yang mula dijual di Jepun pada 19 Julai.

Dari gambar dapat dilihat PAS Wagon boleh membawa banyak muatan melalui bakul di depan dan belakang.

Kegunaannya tidak perlu dimaklumkan secara terperinci dan terpulang kepada pembaca untuk membayangkannya.

Sekadar cadangan, mungkin boleh digunakan sebagai kenderaan penghantaran di kawasan kejiranan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Yamaha PAS Wagon 2024

Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk naik dan turun. Dua bakul boleh mengisi pelbagai jenis barang.

LCD Easy Switch pula memaparkan baki kuasa bateri dalam angka yang besar supaya mudah dilihat dan digunakan.

Dari segi saiz, PAS Wagon berukuran panjang 1,665 milimeter (mm), lebar 580 mm dan ukuran pelana dari 710 sehingga 825 mm.

Berat basikal 28.8 kilogram (kg). Saiz tayar depan 18 x 1.75 dan 16 x 1.75 di belakang.

 

Yamaha Li-ION Battery

 

Sebagai sebuah basikal bantuan kuasa, PAS Wagon menawarkan tunggangan tenang apabila mengayuh pada kelajuan tinggi.

Permulaan kayuh terasa lembut dan bantuan akan bertambah apabila mengayuh di kawasan curam.

Sama seperti PAS CITY-V, basikal tiga roda ini dibekal bateri baharu dengan kapasiti 15.8Ah (penambahan 0.4Ah) yang lebih kompak dan senang untuk diguna.

Selain kuasa bertambah, bateri baharu 450 gram (g) lebih ringan dan saiz berkurang sekitar 20 peratus. Tempoh pengecasan sekitar 4.5 jam.

 

Yamaha Li-ION Battery

 

Pemegang bateri jenis lebar dan mempunyai bentuk yang kemas untuk digenggam. Logo dibuat menggunakan laser dan nampak kemas.

Pengecasnya juga kompak dan sekitar 40 peratus lebih kecil berbanding model sebelum ini. Saiz lebih kecil boleh digunakan di ruang sempit dan mudah dismpan.

Dari segi penggunaan, mod Strong boleh membekalkan kuasa sehingga 58 kilometer (km) manakala mod Weak sehingga 79 km.

Yamaha menawarkan tiga warna termasuk pilihan baharu Ruby Red. Ada sesiapa yang mahu bawa masuk siri Yamaha PAS ke sini?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 Yamaha PAS Wagon 2024