Yamaha perlihat sistem stereng berkuasa elektrik untuk motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) sudah menjadi satu kelaziman pada kenderaan beroda empat, namun ia merupakan satu perkara baharu dalam dunia dua roda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Motor baru-baru ini memperlihatkan sebuah prototaip EPS yang dibangunkan khas untuk membantu menambahbaik tahap kestabilan dan kelincahan sesebuah motosikal.

Unit prototaip itu bakal digunakan secara ekstensif oleh dua jentera YZ450FM dan YZ250F dalam acara perlumbaan All Japan Motocross Championship, dan segala data akan digunakan untuk tujuan mempercepatkan proses pembangunan dan penyelidikan sistem tersebut.
 

EPS Yamaha


Secara asasnya, sistem ini bertindak sama seperti sistem EPS kereta, di mana ia akan memberikan sokongan terhadap input stereng pada kelajuan rendah, dan menjadikan pengendalian lebih stabil pada kelajuan yang tinggi.

Apa yang membezakannya dengan sistem EPS kereta adalah teknologi penderia yang digelar sebagai magnetostrictive torque sensor yang membolehkan ia berfungsi sebagai peredam stereng. Menurut Yamaha, sistem ini mampu menyumbang kepada kestabilan motosikal, meningkatkan kelincahan, serta mengurangkan keletihan penunggang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…