Yamaha R15 V4 2022 masuk Indonesia - ciri Y-Connect standard, dari RM11k

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha Motor Indonesia baru-baru ini melancarkan generasi keempat jentera sports aras mula Yamaha YZF-R15 (R15 V4), setelah beberapa bulan membuat kemunculan pertama di India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran negara jiran, R15 V4 ini dikenali sebagai R15 Connected, bermakna secara standard ia membawakan sokongan sambungan peranti pintar Y-Connect menggunakan bluetooth.
 

R15


Dari segi kuasa, Yamaha YZF-R15 V4 ini masih lagi kekal dengan nadi silinder tunggal 155 cc VVA yang mampu menghasilkan 19 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 14.7 Nm @ 8,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan sistem klac Assist Slipper.

Ia masih lagi mendapat suspensi hadapan jenis terbalik KYB, penyerap hentak tunggal di belakang, ketinggian pelana 815 mm, rim 17 inci serta tayar 100/80 di depan dan 140/70 di belakang.
 

R15


Apa yang berubah pada generasi baharu ini adalah panel badan di mana unit lampu hadapan kini menjadi lebih kecil dan dihiasi dengan LED DRL berkembar, sementara rekaan tangki 11 liter, panel sisi dan penghadang lumpur juga adalah baharu.

Untuk versi tertinggi R15M, ia mendapat kelengkapan elektronik seperti kawalan cengkaman yang boleh dimatikan, brek ABS dua saluran, ciri Quickshifter, dan suis pemati enjin.
 

R15


Kelengkapan lain termasuklah layangan grafik ulang tahun GP yang ke-60, pelindung tempat duduk bercorak karbon, angkup ByBre emas, rekaan triple clamp, serta penutup fork berwarna biru.

Secara standard, kesemua varian mendapat paparan LCD digital penuh, serta pilihan paparan Track & Street yang dikhususkan untuk model R15M.

Yamaha R15 V4 ini dijual pada harga bermula Rp 38,800,000 (RM11,395) sementara versi R15M ABS pula bermula dari Rp 44,100,000 (RM12,952).

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk permulaan, Yamaha India menawarkan aksesori yang paling murah berbentuk pad pelindung pada…
Berita Domestik
Berita baiknya, tiada sebarang perubahan harga diumumkan bermakna harga jualan bagi model YZF-R15…
Pelancaran Motosikal
Terkini, sebuah lagi model baharu yang memasuki pasaran Thailand adalah Yamaha XSR 155, sebuah…