Yamaha sedang uji skuter elektrik E01

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara Tokyo Auto Salon 2019, Yamaha telah memperlihatkan dua buah model konsep skuter elektrik yang diberikan nama E01 dan E05, dan kini skuter E01 dilihat sedang diuji penggunaannya di atas jalan raya Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun masih sarat dengan pelekat samaran, anda boleh melihat rekaan sebenar Yamaha E01 yang dilihat bersaiz seperti skuter NMAX, kehadiran penghadang angin, serta elemen lampu utama yang diambil daripada model YZF-R1.
 

E01


Model prototaip E01 ini turut menampilkan skrin paparan LCD monokrom yang memaparkan status seperti kapasiti bateri, kelajuan, paparan masa, serta beberapa simbol seperti lampu posisi, simbol ABS dan isyarat selular - memberikan bayangan skuter ini boleh menyokong sambungan kepada peranti pintar.
 

Yamaha E01


Selain daripada itu, ia juga turut hadir rim bersaiz 13 inci, brek ABS dua saluran dan sistem kekunci pintar.
 

Yamaha E01 Concept


Spesifikasi penuh masih lagi dirahsiakan oleh Yamaha, namun terdapat beberapa laporan mencadangkan skuter ini mampu bergerak sejauh 64 hingga 80 km untuk sekali cas penuh, dan kemungkinan besar ia bakal hadir dengan teknologi penukaran bateri pada masa akan datang seperti yang sedang dibangunkan oleh Yamaha bersama pengeluar lain.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…