Yamaha Super Ténéré  dipanggil semula di US

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas melakukan panggil semula untuk model SR400, Yamaha Motor USA kini memanggil semula model adventure popular mereka, Super Ténéré.

Menurut berita yang diterima, panggilan semula untuk Super Ténéré itu adalah berkaitan dengan sistem elektrik motosikal itu.

Menurut informasi tersebut, selepas beberapa lama, ada kemungkinan ruang terjadi antara lapisan pelindung untuk wayar-wayar utama dari Pengesan Kedudukan Pendikit (Throttle Position Sensor) dengan Unit Kawalan Elektronik (ECU).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini akan menyebabkan wayar-wayar itu berkarat dan menyebabkan informasi yang salah dihantar kepada ECU. Dalam erti kata lain, ada kemungkinan enjin tidak melahu selepas pendikit dipulas dan ini merbahaya (insiden pendikit melekat).

Careta akan menghubungi Hong Leong Yamaha untuk mengetahui adakah unit di Malaysia terbabit dan juga untuk mencari jalan bagaimana mereka yang membeli Super Ténéré terpakai (recond) boleh memeriksa samada motosikal mereka terbabit atau tidak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…