Ia adalah kemaskini kali kedua pada tahun ini selepas pihak HLYM memperkenalkan warna Icon Grey dan Power Grey untuk skuter popular itu pada bulan Mac yang lalu.

Yamaha XMAX dengan warna baharu itu boleh didapati di kesemua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 23 Ogos 2022, dengan harga jualan bermula dari RM22,298, naik sedikit berbanding harga terdahulu RM21,998.
Skuter itu dijana dengan enjin silinder tunggal 250 cc menghasilkan 22.5 hp @ 7,000 rpm dan 24.3 Nm @ 5,500 rpm itu kini mematuhi piawaian pelepasan emisi Euro4, dipadankan dengan kotak gear automatik dan pacuan tali sawat V.