Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model NVX ini adalah warna Icon Black dan Ruby Red.

HLYM turut mengumumkan harga jualan bagi model ini adalah bermula dari RM24,498 tidak termasuk yuran pendaftaran atau insurans.

Sebagai tambahan, pemilik XMAX baharu ini juga bakal menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan pembelian mereka.

Dari spesifikasi enjin, ia masih dikuasakan oleh enjin satu silinder bersesaran 249cc SOHC yang mampu menjana kuasa output sehingga 22.5 hp @ 7,000 rpm dan daya kilas 24.3 Nm @ 5,500 rpm.

Sama seperti sebelum ini, Yamaha Y-Connect dan Garmin StreetCross Connectivity turut hadir di dalam Yamaha XMAX.

