Yamaha Y15ZR V2 sah dilancarkan Ahad ini di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah beberapa laman web automotif menyiarkan tekaan mereka, akhirnya laman rasmi Hong Leong Yamaha Motor Malaysia mendedahkan secara rasmi pelancaran model raja jalanan yang ditunggu-tunggu oleh para peminatnya. 

Yamaha Y15ZR V2 atau nama manjanya Ysuku malu apa bossku ini sebenarnya sudah pun dilancarkan di Vietnam dan negara jiran kita, Indonesia. 

 


Berdasarkan model Yamaha MX-King (nama lain bagi Y15ZR) yang telah memasuki pasaran luar Malaysia beberapa bulan yang lalu, terdapat beberapa perubahan dikesan seperti bentuk lampu utama yang lebih sporty, penggunaan lampu jenis LED serta paparan instrumen digital. 

Saiz roda juga telah diubah kepada 90/80-17 di bahagian hadapan berbanding saiz 70/90-17 pada model terdahulu, manakala saiz roda belakang kekal pada saiz 120/70-17.

Dari segi kuasa, Yamaha MX-King masih mengekalkan enjin empat lejang bersesaran 150 cc yang mampu menjana kuasa 15 hp dan daya kilas maksimum 13.8 Nm dan tranmisi manual lima nisbah kelajuan. 
 


Di Indonesia, harga jualan atas jalan bagi Yamaha MX-King ini bermula dari 22.9 juta rupiah (RM6,543) untuk versi biasa manakala versi Movistar pula dijual pada harga 23.2 juta rupiah (RM6,649). 

Sama-sama kita nantikan harga rasmi yang bakal diumumkan Ahad ini, bertempat di Kejuaraan Cubprix AAM Malaysia Petronas, Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka. 

Jom ramai-ramai kita serbu!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…