Yamaha Y16ZR ABS 2024 rasmi, tiga warna baharu, dari RM11,398

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja melancarkan moped Y16ZR ABS 2024 untuk pasaran Malaysia dalam satu acara yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti dengan rotor brek yang lebih besar pada roda hadapan.
 

Y16ZR


Bukan itu sahaja, Y16ZR turut menampilkan rupa yang lebih sporti dan agresif, terima kasih kepada komponen reraup hadapan baharu berserta dengan visor hadapan.

Ia masih lagi mengekalkan nadi silinder tunggal 155 cc dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) dengan kuasa setinggi 17.7 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 14.4 Nm @ 8,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam nisbah kelajuan.
 

Y


Y16ZR ABS 2024 turut dilengkapi dengan sistem klac Assist & Slipper yang mampu menawarkan penukaran gear yang lebih lancar.

Kapasiti tangki bahan api masih lagi kekal 5.4 liter, sementara tinggi pelana adalah sekitar 795 mm.
 

16


Segala info penting dipaparkan menerusi skrin digital LCD latar negatif, diikuti dengan sistem kunci pintar.

Terdapat tiga warna menarik ditawarkan iaitu Violet Knight, Ocean Neon dan Mag Grey, di mana ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula akhir Januari ini dengan harga jualan bermula dari RM11,398.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…