Tiada perubahan pada spesifikasi lain, Y16ZR 'Tech Art' Doxou didatangkan dengan reka bentuk yang teliti dan perhatian terhadap perincian, mempamerkan gabungan sempurna inovasi, gaya dan kefungsian.

Sebagai model edisi terhad, ia didatangkan dengan Fender Sukan Y16ZR edisi terhad, lambang Y16ZR bersama nombor siri dan sijil khas.
Dari segi spesifikasi, ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal SOHC155 cc VVA yang menghasilkan 17.7 HP dan 14.4 Nm, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.

Y16ZR 'Tech Art' Doxou boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara dari 8 Mei 2023, dengan harga disyorkan RM11,818.00, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.