Yamaha YZF-R25 2021 dengan warna Metallic Cyan, harga kekal!

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor mengumumkan warna baharu untuk dilayangkan pada motosikal bersesaran 250 cc, iaitu Yamaha YZF-R25 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna yang dimaksudkan itu adalah Metallic Cyan bagi menggantikan varian Matte Silver yang diperkenalkan pada tahun 2020.

 


Namun, spesifikasi asal masih lagi tidak berubah, seperti enjin 249 cc dua silinder yang menghasilkan 35.5 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 22.6 Nm pada putaran enjin 10,000 rpm.

Sistem transmisi adalah jenis balikan enam nisbah kelajuan dengan klac pegas gegelung multiplate empar basah.

 


Dari segi tunggangan, YZF-R25 ini dibantu dengan sistem suspensi teleskopik hadapan, dan monocross di bahagian belakang, sementara prestasi pemberhentian pula diserahkan kepada brek omboh berkembar di hadapan, dan angkup omboh tunggal di bahagian roda belakang.

Dengan kerangka daripada jenis berlian, YZF-R25 mampu menawarkan ketinggian tempat duduk 780 mm dan berat sekitar 166 kg sahaja.

 


HLYM turut mengumumkan motosikal R25 ini sudah pun berada di pasaran dengan harga jualan yang tidak berubah (RM19,998 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan) dan setiap pembelian akan disertakan dengan kunci cakera Yamaha percuma bernilai RM100.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model YZF-R25, ia kini didatangkan dengan pilihan warna Orange Lynx dan Racing Blue, serta…
Berita Domestik
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baharu sahaja mengumumkan harga jualan bagi model YZF-R25 untuk…