Yamaha YZF-R25 dengan dua warna baharu - harga kekal tidak berubah

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor telah mendatangkan kemaskini baharu terhadap penawaran sportsbike aras mula Yamaha YZF-R25 setelah setahun pelancaran versi faceliftnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Didatangkan dalam dua warna baharu, iaitu warna Matt Blue dan Matt Silver, Hong Leong Yamaha Motor nampaknya masih mengekalkan ciri dan spesifikasi asal kilang motosikal tersebut.

 

 


Ini bermakna, enjin 2 silider 249 cc itu masih kekal menghasilkan kuasa 35.5 hp dan daya kilas 22.6 Nm pada 10,000 rpm putaran enjin, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan klac basah. 

Secara standard, Yamaha YZF-R25 hadir dengan kelengkapan seperti fork hadapan teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, tangki bahan api sebesar 14.3 liter, sistem brek omboh berkembar hadapan dan omboh tunggal belakang, serta rim bersaiz 17 inci. 
 


Tiada sebarang perubahan dimensi dibawakan, dan masih kekal dengan kerangka berlian yang menawarkan tinggi tempat duduk 780 mm dengan berat bersih 166 kilogram sahaja. 

Harga jualan asas yang bermula dari RM19,998 atas jalan tanpa insurans.
 


Untuk setiap pembelian, Hong Leong Yamaha Motor menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model YZF-R25 ini adalah warna Glacier White dan warna…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS)…
Pelancaran Motosikal
2 warna baharu itu boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Mac ini dengan harga…