YangWang U8, jenama EV mewah dari BYD dengan gaya Defender, hasilkan 1,100 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|

YangWang merupakan jenama mewah baharu di bawah BYD telah perkenalkan model pertama mereka iaitu U8, sebuah EV SUV mewah dengan binaan platform ladder-frame.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

YangWang U8 menggabungkan rupa lasak yang kelihatan seperti Land Rover Defender bersama pelbagai teknologi bantuan dengan keupayaan off-road.

 

2

 

Walaupun reka bentuknya dilihat seperti Defender, YangWang U8 tetap memiliki gayanya yang tersendiri seperti rekaan lampu depan LED yang digabungkan dengan jeriji, rekaan fender dan arch tayar berkotak dengan roda bersaiz 20 inci, tempat simpanan tayar ganti bebentuk hexagonal di bahagian belakang serta lampu LED belakang terpisah yang futuristik.

EV SUV YangWang itu memiliki dimensi 5,300 mm panjang dan 3,050 mm jarak roda meletakkan ia setara dengan Defender 130 dan dikuasakan Blade Battery Pack oleh BYD.

 

3

 

Namun kapasiti dan jarak gerak nya masih belum didedahkan, ia turut dilengkapi dengan trenkuasa 4 motor elektrik teknologi "Yisifang" yang akan didatangkan standard untuk semua model Yangwang.

Setiap motor pada model U8 itu menghasilkan diantara 295 hingga 322 HP dan 320 hingga 420 Nm, dimana gabungannya menghasilkan sehingga 1,100 HP!

 

4

 

Di samping itu, U8 turut didatangkan dengan ciri pusingan tangki 360 darjah, dan mempunyai mod ketam, mod air terapung yang dibantu oleh badan kalis air, serta mod pemanduan khusus untuk senario luar jalan atau off-road.

YangWang juga mengatakan bahawa SUV itu boleh terus dipandu pada kelajuan 120 kmj walaupun tayarnya pancit.

BYD masih belum mendedahkan harga rasmi bagi model U8, namun laporan media China ada melaporkan bahawa harganya akan bermula dari CNY1,000,000 (RM646,376).

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga belas pengedar BYD akan membuka pintu mereka kepada orang ramai Vietnam pada hari Sabtu dan…
Berita Global
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dijangka mengumumkan perjanjian itu pada hari Isnin semasa…
Berita Domestik
Dengan keluasan ruang sekitar 8,000 kaki persegi, Pusat BYD ini menyediakan pelbagai kemudahan yang…