YangWang U9, supercar elektrik China dengan 4 motor elektrik

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Semasa pelancaran SUV elektrik YangWang U8, syarikat pengeluar kenderaan mewah di bawah BYD itu memberikan kejutan dengan kehadiran sebuah supercar elektrik iaitu U9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa ini, BYD masih belum mendedahkan kuasa yang akan dihasilkan supercar elektrik itu, namun syarikat itu mengesahkan bahawa model itu turut dilengkapi trenkuasa 4 motor elektrik teknologi "Yisifang".

 

2

 

Jika dilihat pada model SUV U8, setiap motor pada model itu akan menghasilkan diantara 295 hingga 322 HP dan 320 hingga 420 Nm, dimana gabungannya menghasilkan sehingga 1,100 HP!

Kuasa yang dihasilkan itu lebih dari cukup untuk sebuah supercar yang lebih aerodinamik, BYD turut mengatakan bahawa U9 mampu menghasilkan pecutan dari 0-100 kmj dalam masa 2 saat sahaja, hanya 0.1 saat perlahan dari Aion Hyper SSR.

 

3

 

Dari segi rekaan luaran, U9 sememangnya mempunyai ciri unik tersendiri dengan beberapa komponen aero, jika dilihat pada lampu LED depan nya, ia kelihatan seperti sepit ketam yang besar.

Pada bahagian belakang pula, ianya didatangkan dengan rekaan lampu LED belakang yang kelihatan seakan bersambung, namun dipisahkan oleh logo di bahagian tengah, bersama rekaan difuser besar yang hampir menggunakan separuh ruang belakang.

 

4

 

Perkara yang mengejutkan tentang model U9 itu, ia bukanlah sebuah model konsep tetapi sebuah model produksi yang akan dijual pada harga CNY1,000,000 (RM646,376) untuk pasaran China.

Saban tahun kita diperkenalkan dengan pelbagai model dari jenama-jenama baharu dari China yang kini bukan sahaja memenuhkan pasaran, malahan mampu memberikan saingan pada jenama besar lain dengan rekaan mereka yang luar biasa.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, sedan berprestasi tinggi ini akan mula dijual di pasaran China menjelang separuh…