Yaris Adventure - trak pikap Toyota Yaris

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Toyota Hiace convertible yang hadir dengan oven terbina dalam, Toyota juga mempunyai sebuah produk yang sesuai dengan gaya hidup masa kini. 

Dikenali dengan nama Yaris Adventure, ia merupakan sebuah trak pikap unibodi segmen B yang dibina berdasarkan casis Yaris dengan konfigurasi dua pintu dan truck bed di bahagian belakang. 

Toyota percaya, Yaris Adventure ini merupakan perintis kepada segmen trak pikap subkompak yang bakal 'mengacau' pasaran kelas crossover kecil kerana "tiada siapa yang nampak keperluan kelas ini" menurut Toyota.

Dengan bentuk badan yang ranggi, dan penampilan lampu LED DRL pada bahagian bumbung, kabin pula menawarkan ruang untuk memuatkan dua orang penumpang sahaja, manakala tempat duduk belakang dibuang bagi memberikan laluan kepada ruang barangan peribadi. 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif akan tetapi tidak mahu trak pikap yang sebesar gajah, truck bed Yaris Adventure menawarkan had beban seberat 135 kg sahaja. 

Yaris Adventure menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 103 kuasa kuda dan 152 Nm daya kilas sebelum dipadankan dengan sistem pacuan semua roda. 

Malangnya, Yaris Adventure (yang semua orang mahu ini)  juga merupakan sebahagian daripada hantaran Toyota sempena April Fool. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…
Berita Global
Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz…
Berita Global
Pada ketika itu, Honda Ridgeline baharu sahaja memasuki generasi kedua, Hyundai mungkin sedang…