Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin sampaikan sumbangan Hari Raya kepada pesakit kanser kanak-kanak, rumah orang tua

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin berkesempatan melawat beberapa buah rumah kebajikan dalam usaha menjadikan bulan ini suatu yang amat bermakna bagi mereka yang kurang bernasib baik. 

Minggu lalu, Yayasan telah melawat Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang untuk menyampaikan sumbangan berbentuk zakat dan barangan keperluan harian kepada warga tua. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail, Pengasas Bersama dan Pengarah Naza Group of Companies. 

Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, CEO Naza Corporation Holdings berkata, "Naza Group telah mempraktikkan amalan mengunjungi rumah kebajikan sejak Yayasan ini ditubuhkan lagi. 
 


"Menerusi program komuniti yang dianjurkan, ia memperlihatkan inisiatif kami sebagai sebuah korporat yang prihatin dan aktif dalam pembinaan komuniti," jelas beliau lagi.

Selain daripada itu, sukarelawan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, pemegang kepentingan Naza Group serta ahli keluarga mereka turut meluangkan masa melawat Wad Kanser Kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. 

Program yang diketuai oleh SM Nasarudin ini turut sama menyampaikan duit raya, barangan keperluan serta hadiah Hari Raya kepada kanak-kanak di Wad Kanser tersebut. 

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin ditubuhkan sebagai satu penghormatan kepada pengasas Naza Group, Tan Sri SM Nasimuddin dengan satu misi untuk memberikan bantuan kepada komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia yang berteraskan kepada tiga tunjang utama - Pendidikan, Pembangunan Komuniti dan Kesihatan. 
 


Sebagai sebuah syarikat konglomerat Bumiputera yang berjaya, Naza Group akan meneruskan usaha untuk mendekati lebih banyak organisasi kebajikan dan percaya, amalan ini akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan masyarakat. 

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin telah menyumbangkan zakat kepada 26 buah sekolah, menderma 188 buah kenderaan, menganjurkan bengkel pendidikan, serta barangan keperluan yang lain kepada mereka yang memerlukan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin selaku organisasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Naza Group baru…
Berita Domestik
Pada 6 Jun yang lepas, seramai 130 orang anak yatim telah dijemput daripada empat buah rumah anak…