YINSON GREENTECH, GOCAR TAWAR ORA GOOD CAT UNTUK AKSES EV MAMPU MILIK

oleh Firdaus Razani|
Syarikat perkhidmatan sewa kereta, GoCar Malaysia, dan Yinson GreenTech (YGT) baru ini telah bekerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian perniagaan pajakan YGT EV iaitu drivEV.

Kolaborasi baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kedua-dua buah syarikat tersebut adalah untuk meluaskan akses terhadap pengalaman memandu kenderaan elektrik (EV).

 

gocar

 

Sebagai permulaan, model EV Ora Good Cat boleh didapati untuk tempahan GoCar Share Round Trip (pergi-balik) di lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang seperti Berjaya Times Square, The Linc, Lalaport KL, Eco Ardence, Eco Grandeur dan GoCar Malaysia PJ.

Penguna GoCar berpeluang untuk memandu Ora Good Cat pada harga mampu milik iaitu RM23.90 sejam dengan akses percuma ke atas semua pengecas AC dalam rangkaian YGT.

Berikut kadar dan bayaran yang ditawarkan ;

 

gocar

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Kami sangat teruja untuk mengukuhkan kerjasama dengan Yinson GreenTech. GoCar sentiasa mengutamakan aspek mobiliti lebih pintar dan mapan.

“Kami juga berbesar hati kerana mampu menawarkan model-model kenderaan elektrik yang menarik kerana kami yakin ramai orang awam ingin mencubanya.”katanya.

Selain itu, Pengarah Urusan drivEV, Kelvin Soon berkata, “Matlamat drivEV adalah untuk menggalakkan syarikat-syarikat untuk mempromosikan penggunaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerjasama dengan GoCar dalam memperkenalkan Ora Good Cat merupakan satu permulaan ke arah matlamat yang betul.”kata beliau.

Mereka turut merancang untuk menambah lebih banyak rangkaian model EV dan mengembangkan perkhidmatan ini ke lokasi-lokasi lain supaya orang ramai lebih mudah mengaksesnya.

Pengguna boleh merasai sendiri pengalaman memandu Ora Good Cat menerusi GoCar Share atau model-model lain yang ditawarkan oleh GoCar Share melalui aplikasi mudah alih GoCar.